Wednesday, March 25, 2009

Unspoken rules.

http://emo.huhiho.comTerdapat beberapa undang-undang yang diterima pakai semua ketika di dalam lif. Tak tau siapa yang gubal, siapa yang debat, dan siapa yang luluskan. Tapi apabila anda menaiki lif, perhatikan senario ini pasti berlaku.http://emo.huhiho.com

Pertama: Bila manusia masuk ke dalam perut lif secara berjemaah, nescaya majoriti akan cuba menempel ke dinding. Serta merta. Tak tahu kenapa, tapi macam best je kan bersandar. Lebih-lebih lagi di sudut kiri dan kanan.http://emo.huhiho.com
http://emo.huhiho.comKedua: Tatkala manusia dah menyesuaikan diri di dalam lif, secara automatik semua akan mengadap ke pintu lif. Jarang sangat jumpa orang yang mengadap kawan untuk suatu jangka waktu yang lama.
http://emo.huhiho.comKetiga: Perut lif jatuh ranking ke dua dalam tempat yang paling senyap, selepas perpustakaan. Masjid jatuh nombor 3. Macam magik, bila masuk lif semua orang senyap, walaupun kesemua orang dalam tu kita kenal. Kalau nak cakap pun ringkas-ringkas je. Angkat kening, senyum-senyum, jeling-jeling.
http://emo.huhiho.comKeempat: Tempoh masa singkat dalam lif digunakan sebaik-baiknya untuk touch-up diri sendiri dengan efektifnya. Diperkuatkan lagi dengan lif berdinding cermin. Masa tulah nak tengok rambut, kasut, zip seluar, darjah kesengetan tudung, memeriksa benda asing di pinggir lubang hidung dan bucu mata, dan juga jeling awek sebelah/belakang/depan secara indirect.
http://emo.huhiho.comKelima: Biasanya bila lif sampai di common floor seperti G, orang yang menunggu peluang nak masuk mesti meluru terjah masuk tak tentu pasal. Sampaikan tak bagi peluang orang kat dalam ni nak keluar. Entah apa yang dikejarnya tak tau lah pulak. Senario begini sangat biasa diperhatikan di tempat seumpamanya seperti pintu LRT, keretapi, bas dan lain-lain. Rileks la kak, bang. Bagi can la orang keluar dulu.
http://emo.huhiho.comKeenam: Bagi yang suka sangat menonton filem fiksyen tentang seorang lelaki dan seorang wanita terperangkap dalam lif, bergaduh, dan lama kelamaan timbul rasa cinta, blah blah blah, lupakan je lah impian korang nak merasa insiden tu di alam realiti. Kalau pernah jadi pun, samada sesama jantina, ataupun manusia berlainan jantina yang tak pernah memenuhi citarasa kalian.

No comments:

Post a Comment